KUALA LUMPUR: Mengecap nikmat bahagia sedekad melayari rumah tangga, pelakon Aeril Zafrel, 33, tidak menafikan banyak dugaan dilalui bersama Wawa Zainal. Berkongsi status menerusi akaun Facebook, pelakon filem 7 Petala Cinta itu berkata, hidup hendaklah saling melengkapi antara satu sama lain berbanding hanya mencari kesempurnaan. “Kami bukanlah pasangan yang sempurna, masih banyak yang kami harus pelajari walaupun sudah satu dekad sebantal bersama. “Kerana saling melengkapi kekurangan masing-masing itu lebih baik…










