KES-kes jenayah melibatkan kanak-kanak di negara ini tertakluk kepada Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611) hanya mula berkuat kuasa pada 1 Ogos 2002 walaupun telah diluluskan pada 2001. Akta 611 memansuhkan tiga statut lain iaitu Akta Mahkamah Juvana 1947, Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991 dan Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973, dan menggabungkan undang-undang berkenaan pemeliharaan, perlindungan dan pemulihan kanak-kanak. Kanak-kanak ditakrifkan di bawah Akta Kanak-kanak sebagai seorang berumur di bawah 18…










