Jerawat.
Ia situasi biasa dalam kalangan wanita namun kehadirannya mempengaruhi kualiti hidup.
Kajian menunjukkan bahawa jerawat boleh menyebabkan gangguan psikososial seperti kemurungan dan kegelisahan.
Memetik penelitian dilakukan oleh Brody, 2019, ‘jerawat bukan pembunuh, tetapi ia boleh menjadi parut kepada seseorang daripada segi psikologi’.
Menangani masalah yang timbul daripada jerawat muka dan juga menawarkan penyelesaian untuk mengatasi masalah jerawat, rangkaian penjagaan kulit baharu untuk kulit berjerawat dan berminyak, Mentholatum melancarkan Mentholatum Acnes.
Ia menyasarkan membantu pengguna mencapai kulit yang cerah, nyata dan kelihatan sihat. Ini kerana rangkaian produknya yang mengandungi bahan-bahan semula jadi membantu menangani masalah jerawat dan kulit berminyak dengan berkesan, pada masa yang sama memberikan penjagaan yang lembut pada kulit.
Menurut kaji selidik oleh Mentholatum, 72 peratus responden mengalami perkembangan kulit positif selepas 30 hari menggunakan Mentholatum Acnes, manakala tiga daripada empat mengatakan keadaan kulit mereka bertambah baik hanya selepas tujuh hari sehingga memberikan mereka keyakinan diri yang lebih tinggi.
Ia mengandungi lebih daripada 95 peratus ekstrak Centella Asiatica tulen dari Madagascar, yang disokong oleh penyelidikan di mana ia didapati berkesan untuk menenangkan kulit dan membantu pemulihan keradangan.
Rangkaian Mentholatum Acnes baharu terdiri daripada rangkaian lengkap rutin penjagaan kulit jerawat, iaitu Mentholatum Acnes Creamy Wash, Acnes Powder Lotion, Acnes Oil-Control
Moisturiser, serta Acnes Anti-Acne Spot Gel untuk rawatan jerawat pada wajah.










