UMT sambut Hari Alam Sekitar - Utusan Malaysia

UMT sambut Hari Alam Sekitar

Tengku Nadhirah Zahrah melakukan selam skuba di perairan Pulau Bidong.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pemuliharaan alam sekitar dan warisan budaya adalah antara faktor penting dalam usaha seluruh dunia memelihara khazanah dan keindahan estetika marin. Universiti Malaysia Terengganu (UMT) tidak terkecuali menyokong inisiatif pemuliharaan alam sekitar menerusi pembinaan Stesen Penyelidikan Alami Marin UMT di Pulau Bidong.

Naib Canselornya, Prof. Dr. Mazlan Ghaffar berkata, UMT universiti tunggal memiliki stesen penyelidikan yang memfokuskan kepada ilmu kelautan dan sumber akuatik.

“Antara aktiviti menjadi daya tarikan adalah snorkelling, berkayak, memancing dan merentas hutan.

“Antara objektif aktiviti berkenaan ialah memupuk kesedaran dalam kalangan peserta terhadap kelestarian ekosistem dan terumbu karang di perairan pulau terpelihara,” katanya dalam Sambutan Hari Alam Sekitar baru-baru ini.

Stesen dirasmikan pada 2010 itu adalah makmal semula jadi kepada penyelidik dan pelajar UMT yang berkaitan dengan kehidupan laut.

Ia turut menjadi tumpuan dari pihak luar kerana menawarkan pakej pelesenan selam skuba.

Sementara itu, sambutan hari alam sekitar UMT diserikan dengan Tengku Nadhirah Zahrah Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin yang mencemar duli ke Stesen Penyelidikan itu.

Tengku Nadhirah Zahrah turut berkesempatan melakukan selam skuba di beberapa tempat di perairan dasar laut Pulau Bidong dan sekitarnya. Ini termasuk Pulau Karah dan Pulau Geluk bagi melihat keindahan terumbu karang dan hidupan marin terdapat di sana.

Timbalan Pengarah Pusat Perkhidmatan Penyelidikan dan Lapangan (PPPL), UMT, Baharim Mustapa yang mengiringi delegasi selam skuba berkata, Tengku Nadhirah Zahrah turut berkesempatan melihat artifak di dasar laut berusia hampir 600 tahun.

Majlis berkenaan turut dihadiri Pengarah Pejabat Komunikasi Korporat dan Profesor Jaringan Industri, Prof. Dr. Fauziah Hasan dan Pengarah PPPL, Prof. Madya Dr. Hasrizal Shaari.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN