Roti pita bubuh daging burger hancur, ringkas, sedap - Utusan Malaysia

Roti pita bubuh daging burger hancur, ringkas, sedap

Roti pita bubuh daging burger hancur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Jemu makan nasi? Bolehlah ubah selera dengan memilih untuk memasak roti pita yang dibubuh daging burger yang telah dihancurkan. Sajian ini pasti membuka selera anda untuk dimakan pada bila-bila masa sahaja.

Apa yang perlu anda buat adalah membeli sepaket roti pita segera dan sebungkus daging burger. Daging burger jadi pilihan sebagai isi kerana sebab daging burger ini cukup rasa dan sedap apabila dimasak. Selamat mencuba.

Resipi roti pita kebab

Bahan-bahan:
1 paket Roti pita gandum
1 paket daging lembu burger Ramly (sebab daging burger ade rasa sedap)
1 biji timun Jepun – dibuang biji dan dipotong dadu
Sos cili
Salad – dipotong kecil-kecil
Mayonis
Serbuk perasa
Lada sulah
Marjerin atau mentega

Cara penyediaan:
1-Ambil timun dan buangkan bijinya supaya tidak berair. Timun dipotong dadu.

2-Ambil roti pita. Potong kepada dua bahagian. Ambil satu bahagian dan sapu bahagian luar roti dengan marjerin atau mentega.

3-Panaskan kuali. Ambil roti pita dan bakar atas kuali seketika.

4-Setelah siap dibakar, angkat roti dan ketepikan.

5-Ambil daging burger dan masukkan ke dalam kuali. Hancurkan daging dan mula memasak.

6-Masukkan serbuk lada sulah dan perasa ke dalam daging yang sedang dimasak itu.

7-Kemudian masukkan sos cili dan timun ke dalam daging. Gaul sebati. Setelah siap dimasak bolehlah diangkat.

8-Ambil roti pita yang telah dibakar tadi. Sumbatkan daun salad dan mayonis ke dalamnya. Kemudian masukkan daging yang telah siap dimasak tadi.

9-Roti pita berintikan daging burger boleh dihidangkan semasa masih panas-panas lagi.

Terima kasih: Roslan Rusly
Facebook : Roslan Rusly / https://www.facebook.com/roslan.rusly
https://www.facebook.com/groups/MasakApaHariNiMAHN.my/permalink/3783642548625700

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN