MoU UIAM dengan enam industri secara maya - Utusan Malaysia

MoU UIAM dengan enam industri secara maya

DR. Dzulkilfi Abdul Razak (kiri) mewakili UIAM menjalin kerjasama pintar dengan enam organisasi melalui MoU yang berlangsung secara maya baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) melalui Pejabat Jaringan Industri (OIL) UIAM menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan enam industri dalam memantapkan lagi hubungan dan jaringan industri bagi kebaikan kedua belah pihak.

Menurut Rektor UIAM, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Dzulkifli Abdul Razak, kerjasama antara dua organisasi antarabangsa dan empat organisasi dalam negara itu bagi untuk memantapkan lagi aspek penyelidikan dan pembangunan akademik dalam menerajui ilmu pengetahuan bidang kesihatan, kemanusiaan dan teknologi.

“Apa yang diharapkan melalui kerjasama ini, ia akan memantapkan lagi jabatan dan pusat yang terlibat.

“Selain itu, pihak Kulliyyah juga dapat menerima manfaat untuk para pelajar dari segi penyelidikan, latihan akademik, projek penyelidikan dan sebagainya boleh memberi manfaat kepada kedua belah pihak,” katanya.

Kerjasama ini turut menjadi nilai tambah potensi dan bakat kepada organisasi terlibat untuk memberikan penghasilan terbaik dalam kualiti pengajaran, pendidikan dan penyelidikan.

Di UIAM, Kulliyyah (fakulti) terlibat dalam kerjasama ini ialah fakulti Kejuruteraan serta fakulti Pengurusan Dan Bahasa.

Pejabat dan pusat yang terlibat ialah OIL dan Pusat Perkhidmatan dan Jalinan Komuniti (CENSERVE) serta Sultan Ahmad Shah Medical Centre@IIUM.

Sementara itu, syarikat terlibat dalam kerjasama ini ialah Coretech System Co. Ltd., Global Peace Mission, Institut Jantung Negara Sdn. Bhd., Muehlbauer Technologies Sdn. Bhd., Nippon Muslim Corporation dan The Trustees Of Hidayah Centre Foundation Registered.

MoU itu ditandatangani oleh Rektor UIAM dengan wakil-wakil daripada syarikat berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×