Melissa dan Jayden tampil juara SMUM - Utusan Malaysia

Melissa dan Jayden tampil juara SMUM

Ammetta Malhotra (lima dari kiri) bergambar bersama barisan pemenang Supermodel Universe Malaysia berlangsung di ibu kota baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Peragaan SuperModel Universe Malaysia (SMUM) berlangsung di ibu kota baru-baru ini berjaya mencungkil bakat bakat baharu dalam bidang peragaan di serata dunia.

Pengarah Kebangsaan Supermodel Universe Malaysia, Ammetta Malhotra, berkata ia mepertandingkan sebanyak 25 kategori dan membawakan seramai 49 peserta dari seluruh dunia.

Katanya ia membuka peluang kepada bakat baru merasai sendiri pengalaman pentas peragaan bukan sahaja di Malaysia tetapi di dunia, terutamanya di Eropah.

“Ujibakat pada tahun ini diadakan secara bersemuka sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilaksanakan. Namun, aktiviti lain seperti sesi Latihan dan penilitian oleh juri diadakan secara maya bagi memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) dipatuhi sepenuhnya,” kongsinya.

Super Model Universe adalah antara pertandingan peragaan kebangsaan terbesar di dunia, berasal dari Bulgaria dan diadakan setiap tahun. Ini merupakan kali ketiga SMUM diadakan di Malaysia sejak tahun 2019.

Acara tersebut terbahagi kepada tiga kategori iaitu, Wanita (Kategori A), Lelaki (Kategori B) dan juga Kanak-kanak (Kategori C). Ia menampilkan peserta-peserta dari pelbagai negara seperti Filipina, Iran, India, Pakistan dan juga Mesir.

Pemenang bagi kategori wanita dan lelaki tempatan membawa pulang wang tunai bernilai RM1,500 berserta subang berlian dari Diamonia bernilai RM6,000, percutian selama tiga hari dua malam di Barat Tioman Resort bernilai RM1,000.

Pemenang turut mendapat 10 sesi Latihan peribadi di Taget Fitness bernilai RM2,000, Rawatan Bellisima Beauty dan Aestheric RM3,000, kasut XES RM1,000 dan juga sesi photoshoot selama tiga jam bernilai RM699.

Pemenang bagi kategori kanak-kanak pula membawa pulang trofi dan selempang.

“Pemenang dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori tempatan dan antarabangsa.

“Pemenang peserta antarabangsa membawa pulang hadiah yang sama seperti pemenang tempatan.

“Memandangkan wang tunai untuk kategori ini tidak disediakan, jadi saya mengeluarkan duit sendiri sebanyak RM3,000 bagi pemenang antarabangsa lelaki dan wanita,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Beliau berkata, pemenang pada tahun ini tidak akan bertanding di pentas dunia kerana ia sudah berlalu pada awal November lepas tanpa penglibatan serta wakil dari Malaysia.

“Diharapkan world finals untuk tahun depan boleh diadakan di tanah air kita selepas pengunjung luar dibenarkan melawat dan kes Covid-19 semakin turun,” ujarnya.

Sementara itu, pemenang bagi SMUM 2021 bagi kategori A ialah Melissa Tan,19, yang berasal dari Kuala Lumpur, manakala Kategori B dimenangi Jayden, 29, dari Pulau Pinang. Pemenang bagi kategori C diungguli Puteri Ieman Qharmilla, 10, dari Selangor.

Bagi kategori antarabangsa pula dimenangi oleh Raul atau nama sebenarnya Owono Obono Raul Ncogo (Lelaki), 21 dari Equatorial Guinea dan Julia atau nama sebenar Lulia Paivim (Wanita), 21 dari Rusia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×