Kuih siput sedap dijadikan kudapan ringan. Rasanya rangup, sedap dimakan dan tidak muak.
Kaedah pembuatan kuih siput dikongsi minggu ini mudah disediakan malah ranggup dan tahan lama.
Tipsnya ialah menyediakan adunan doh yang sempurna. Tanda doh sempurna ialah tidak keras dan tidak melekit di tangan.
Resipi kuih siput kari
Bahan-bahan:
1 kg tepung gandum
1 cawan marjerin
1/2 cawan gula kastor
3 sudu besar serbuk kari ikan/ daging
1 sudu kecil garam
1 biji telur
1 kotak kecil santan ( 200ml)
Sedikit air sejuk ( kocak-kocak bekas kotak santan tadi)
Daun kari secukupnya
Bahan lain:
Minyak untuk menggoreng
Acuan kuih siput
Cara penyediaan:
1-Satukan semua bahan-bahan dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
2-Tambahkan air sedikit demi sedikit jika doh itu terlalu keras. Doh yang elok adalah doh yang tidak keras dan tidak melekit di tangan apabila diuli.
3-Gentel-gentel doh jadi bulat-bulat kecil sehingga habis. Terap doh di atas acuan kuih siput.
4-Ambil kuali dan isikan minyak dengan banyak. Panaskan minyak.
5-Setelah minyak panas, bolehlah masukkan kuih siput yang telah siap dibuat tadi.
6-Goreng kuih siput hingga masak. Setelah hampir hendak masak, baru masukkan daun kari.
7-Angkat kuih siput yang telah digoreng dan tos terlebih dahulu.
8-Kuih siput yang telah siap tadi bolehlah disimpan di dalam balang atau bekas yang sesuai.
———–
Terima kasih: Nor Azliza Mohamed
Facebook: Nor Azliza Mohamed/https://www.facebook.com/norazliza.mohamed
https://www.facebook.com/groups/940772822933012/permalink/1548562708820684










