GRETA Thunberg menyifatkan Persidangan Perubahan Iklim (COP26) yang berlangsung di Glasgow, Scotland baru-baru ini sebagai ‘satu kegagalan’ dan ‘semata-mata penyampaian perhubungan awam’. Dalam satu protes melibatkan golongan belia di Glasgow, aktivis berusia 18 tahun itu memberitahu, COP26 hanya sekadar ‘tempat untuk berbual kosong yang tiada matlamat’. Dia juga mengkritik misi pemimpin dunia untuk mengurangkan pengeluaran gas karbon yang mencetuskan pemanasan global. “Kita tidak perlukan misi menjelang 2030 atau 2050 untuk…