Air lai chee cara mudah disediakan - Utusan Malaysia

Air lai chee cara mudah disediakan

Air lai chee kang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Air lai chee kang diyakini membantu menyejukkan rasa panas dalam badan.

Tetapi itu tidak bermakna air ini tidak boleh diminum pada bila-bila masa apabila anda rasa teringin untuk membasahkan tekak.

Boleh cuba buat resipi lai chee kang style mak-mak yang mudah dan senang dibuat yang dikongsikan oleh Salizawati Salleh ini. Buat sendiri baru puas makan.

Ini adalah resipi mudah yang menggunakan bahan-bahan biasa yang dibubuh dalam lai chee kang. Namun jika sukakan lai chee kang yang padat dengan pelbagai isi, bolehlah bubuh bahan-bahan lain mengikut citarasa sendiri. Selamat mencuba.

Resipi lai chee kang

Bahan-bahan:
(Anggaran bahan ikut citarasa sendiri)

*Longan kering – direndam
*Buah kembang semangkuk – direndam
*Gula kabung atau gula merah
*Barli -direndam
*Gula batu (jika ada)
*Biji selasih -direndam
*Buah kundur – dipotong dadu
*Buah kabung – tapis dan rendam air
*Air untuk digunakan ketika merebus

Bahan-bahan lain:
(Ini adalah pilihan jika mahu tambah lagi bahan lain)
*Buah goji
*Kurma Cina
*Buah teratai
*Telur puyuh
*Fungus

Cara penyediaan:
1-Rendam semua bahan-bahan (*) di atas terlebih dahulu. Biarkan ia kembang seketika.

2-Buah kembang semangkuk yang telah kembang boleh dibuang biji terlebih dahulu supaya senang dimakan kelak. Tetapi jangan hancurkan buah itu. Biarkan ia berselirat lagi.

3-Ambil periuk dan isi air, gula kabung, gula batu, daun pandan, buah barli dan longan kering. Jika guna gula merah macam mak-mak dulu, pastikan larut dan tapis dulu gula itu sebab kadang-kadang ada habuk gulanya.

4-Rebus bahan-bahan ini. Biarkan ia menggelegak.

5-Setelah longan dan barli kembang, masukkan biji selasih dan buah kembang semangkuk.

6-Kacau sekejap dan boleh tutup api.

7-Kemudian masukkan buah kabung dan buah kundur yang telah dipotong dadu. Kacau seketika.

8-Setelah siap, air lai chee kang telah siap dan boleh diminum dan dimakan ketika masih panas atau setelah disejukkan di dalam peti ais.

Terima kasih: Salizawati Salleh
Facebook: Salizawati Salleh / https://www.facebook.com/saliza1979
https://www.facebook.com/groups/MasakApaHariNiMAHN.my/permalink/3755843941405561

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN