Punten adalah sejenis makanan tradisi Jawa seakan-akan nasi impit yang popular di kalangan masyarakat Melayu. Namun begitu rasanya agak berbeza sedikit jika dibandingkan dengan nasi impit yang mana ia biasanya dimakan bersama sambal cili padi.
Untuk membuat punten ini ada caranya. Nasi dimasak seperti biasa. Hanya setelah nasi dimasak, nasi itu perlu ditumbuk-tumbuk terlebih dahulu. Setelah siap ditumbuk-tumbuk, nasi yang masih panas itu boleh dikepal dan dibentuk menjadi bentuk lonjong.
Resipi nasi punten
Bahan-bahan nasi punten:
2 cawan beras – rendam semalaman. Tak rendam pun tidak mengapa
2 cawan santan
4 cawan air
1 sudu besar mentega
Garam
Daun pandan
Cara penyediaan nasi punten:
1-Basuh beras kemudian masukkan mentega, air, santan,garam dan daun pandan. Kacau seketika.
2-Masak nasi seperti biasa.
3-Setelah nasi masak, terus tumbuk-tumbuk ketika nasi masih panas. Kepal dan bentukkan nasi.
Resipi sambal hijau cili padi:
Bahan-bahan sambal hijau cili padi:
1 cawan Ikan bilis – dikopek terlebih dahulu
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
4 ulas bawang merah*
1 inci halia*
Belacan*
30 biji Cili padi hijau*
Sedikit air asam jawa
Gula – saya guna gula nisan
Garam – jika perlu tambah
Cara penyediaan sambal hijau cili padi:
1. Kisar atau tumbuk semua bahan bertanda *.
2. Tumis sehingga pecah minyak dan bahan-bahan tadi betul-betul masak.
3. Masukkan air asam jawa dan gula. Boleh tambah garam jika kurang masin.
4. Siap dan boleh dihidangkan bersama nasi punten.
Terima kasih: Tuan Adriana Arissa
Facebook: Tuan Adriana Arissa/https://www.facebook.com/fareeda.adrianaarissa
https://www.facebook.com/groups/MasakApaHariNiMAHN.my/permalink/3695888057401150










