Anak kurang upaya tidak boleh dikecualikan daripada mendapat pendidikan sempurna, lebih-lebih berkaitan dengan ilmu keagamaan seperti solat dan mengaji. Sungguh pun Covid-19 menjadi halangan mempraktikkan pengajaran secara bersemuka, tetapi ia bukan halangan untuk ibu bapa terus mendidik anak istimewa tentang ibadat dan kecintaan terhadap Penciptanya. Malah Penasihat Yayasan Faqeh, Nor Aziah Mohd Daud, berkata didikan keagamaan diberikan kepada anak orang kurang upaya (OKU), membantu mereka lebih tenang dalam melalui norma…