Nenek Aliff Syukri meninggal dunia - Utusan Malaysia

Nenek Aliff Syukri meninggal dunia

Aliff mengakui terkesan dengan pemergian neneknya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Mohon doakan nenek ditempatkan dalam kalangan beriman”

Itu luahan usahawan tersohor, Datuk Seri Aliff Syukri yang baharu kehilangan nenek tersayang, Aminah Satar sekitar pukul 1.30 pagi tadi.

Arwah menghembuskan nafas terakhir dalam pangkuan isteri Aliff, Datin Seri Nur Shahida ketika menuju ke hospital Kuala Kubu Bharu.

Kongsi Aliff, arwah baharu dibawa pulang ke kediaman mereka di Batang Kali, Selangor setelah beberapa hari di rawat di hospital KPJ Damansara.

“Arwah dalam empat hari lepas telah dimasukkan ke hospital KPJ Damansara akibat masalah paru-paru, jantung dan kencing manis. Selepas itu, doktor mengesahkan keadaannya stabil dan boleh dibawa pulang.

“Kami membawanya dan menemaninya di rumah yang terletak di Batang Kali,Selangor. Arwah ceria, berselera untuk makan dan tidak menunjukkan sebarang sakit sehinggalah dia mengadu sukar bernafas secara tiba-tiba.

“Kami segera membawanya ke hospital, namun dia menghembuskan nafas terakhir dalam ribaan isteri saya, ketika dalam perjalanan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Aliff pada masa yang sama berterima kasih kepada pihak hospital Kuala Kubu Bharu atas layanan baik yang diberikan kepada dia dan keluarganya.

Dalam pada itu, usahawan disegani itu mengakui dia cukup rapat dengan arwah memandangkan dirinya membesar dalam jagaan neneknya itu.

“Saya terlalu rapat dengan arwah kerana dia pernah jaga saya sewaktu saya kecil. Walaupun arwah sakit, dia sentiasa memberi semangat kepada saya, lebih-lebih lagi ketika saya mengalami masalah rumah tangga mahupun perniagaan.

“Arwah seorang yang kuat. Saya anggap dia bukan seorang nenek, malah sebagai seorang ibu,” ujarnya sebak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN