Telur masin antara lauk yang jadi pilihan penggemarnya. Biasanya jenis telur masin yang popular adalah dibuat menggunakan telur itik.
Cara membuatnya tidak susah dan bahan yang diperlukan juga tidak banyak.
Bahan-bahan:
30 biji telur itik
300 gram garam kasar
1.5 liter air
Cara penyediaan telur masin:
1-Cuci telur itik dan toskan.
2-Sediakan periuk. Masukkan garam dan air ke dalam periuk tersebut.
3-Masak air garam sehingga larut.
4-Setelah air garam siap dimasak, sejukkan ia terlebih dahulu.
5-Sediakan bekas atau balang plastik yang sesuai. Ambil telur itik dan susunkan ke dalam bekas atau balang tersebut.
6-Tuang air garam ke dalam bekas berisi telur itik tersebut. Tuang air garam sehingga telur tenggelam.
7-Untuk mendapatkan kuning telur yang cantik, boleh tambahkan beberapa tangkai cili kering.
8-Setelah siap, tutup bekas tersebut. Simpan bekas berisi telur itu di tempat yang agak gelap. Simpan selama 14 hari.
9-Boleh keluarkan telur daripada air garam jika tidak suka telur terlalu masin. Telur yang sudah dikeluarkan daripada air garam itu boleh disimpan di dalam peti sejuk.
10-Telur masin yang sudah siap itu boleh direbus terlebih dahulu sebelum dimakan.
Terima kasih: Elisah Alisya
Facebook: Elisah Alisya / https://www.facebook.com/elisah.alisya
https://www.facebook.com/groups/940772822933012/permalink/1443618209315135










