Isteri saya sudah boleh keluar wad hari ini - Reza Hasbi - Utusan Malaysia

Isteri saya sudah boleh keluar wad hari ini – Reza Hasbi

Rose Darlia Roselia yang hamil tiga bulan, disahkan positif Covid-19 pada 26 September lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Isteri pelakon Reza Hasbi, Rose Darlia Roselia kini dibenarkan pulang setelah dimasukkan ke hospital Sungai Buloh akibat jangkitan Covid-19.

Reza atau nama sebenarnya Muhamad Ridzuan Hasbullah berkongsi perkembangan tersebut di Instagramnya baru-baru ini.

“Saya nak ucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada anda semua yang mendoakan isteri saya.

“Alhamdulillah, isteri saya sudah boleh keluar wad hari ini. Isteri saya ditempatkan di hospital Sunga Buloh sebab peringkat 2 (kesukaran bernafas). Alhamdulillah, dia beransur pulih,” tulisnya.

Pada masa yang sama, Reza turut memaklumkan keadaan keluarga mertuanya yang telah disahkan negatif wabak tersebut.

“Keluarga mertua saya pula semua negatif. 6 hari bulan ini dia orang akan potong gelang.

“Alhamdulillah. Syukur pada Allah SWT, terima kasih atas doa-doa kalian semua,” tambahnya.

Reza pada 26 September lalu memaklumkan isterinya yang hamil tiga bulan lebih dijangkiti Covid-19.

Reza turut mengesahkan bahawa Rose sudah lengkap dua dos vaksin Covid-19 namun belum cukup tempoh 14 hari.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN