Tugas seorang jururawat, memenuhi keperluan asas ADL (activity daily living) pesakit. Sungguhpun dunia kejururawatan dimonopoli wanita, kian ramai lelaki menjadi jururawat, berikutan permintaan tinggi terhadap kerjaya itu. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengajar Jururawat (Pengkhususan Kaunseling HIV/AIDS) di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Sg Buloh, Selangor, Mohd. Malik Karyono, 39 berkata walaupun secara dasarnya kerjaya itu lebih ramai didominasi wanita, namun tidak menjadi penghalang bagi lelaki memberikan mutu perkhidmatan terbaik…