Biasanya bubur Asyura dimasak bagi menyambut Hari Asyura pada 10 Muharam. Namun begitu bubur Asyura ini boleh juga disediakan pada hari lain untuk dinikmati bersama keluarga tersayang. Secara asasnya, bubur Asyura ialah bubur yang dibuat dengan pelbagai campuran ramuan. Antaranya beras, kacang, buah-buahan dan sebagainya. Setiap negeri di Malaysia ada versi bubur Asyura mengikut citarasa masing-masing. Terpulang kepada anda untuk mencuba versi resipi dari negeri mana sekali pun. Boleh cuba…