PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi terkenal, Safura Ya’cob berkongsi perkhabaran duka mengenai anak perempuannya, Noor Shafiela yang telah kembali ke rahmatullah, semalam. Menerusi entri Instagram, penyanyi lagu popular Dulu Sayang Kini Benci itu memuat naik beberapa hantaran gambar yang memaparkan jenazah telah dimasukkan di dalam van jenazah. Sehubungan itu, Safura menitipkan doa kehadrat Ilahi agar arwah anak kesayangannya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. “Alhamdulillah, ciuman terakhir mama buat Not. Wangi…










