Wajah bersih tanpa cela cara Deborah - Utusan Malaysia

Wajah bersih tanpa cela cara Deborah

Rangkaian Eucerin Spotless Brightening.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Memiliki wajah indah tanpa sebarang noda hitam, memerlukan usaha dan penjagaan secara berterusan. Walaupun genetik mempengaruhi kecantikan kulit, namun itu bukanlah tiket untuk membiarkan wajah tanpa belaian sempurna.

Bagi bekas Miss Malaysia Universe, Deborah Priya Henry, kekerapan melakukan penggambaran dan pengacaraan di banyak lokasi, tetap memberi kesan terhadap keindahan jelapang wajahnya.

Namun, Pengasas bersama badan bukan kerajaan, Fugee.org ini lebih gemar menggunakan produk yang tidak memerlukan dia menghadap cermin dalam tempoh yang lama. Produk pantas dan efektif menjadi pilihannya.

“Wajah saya mulai muncul bintik hitam. Ia berlaku sebab pendedahan terhadap cahaya mentari yang berlebihan.

“Begitupun, saya mahu mengurangkan kemunculannya tanpa perlu melakukan rawatan yang invasif,” katanya.

Sebagai pengguna rangkaian produk Eucerin Spotless Brightening, katanya produk berkenaan dianggap sebagai penyelamat buat dirinya yang sentiasa sibuk.

“Saya amat berpuas hati dengan perubahan yang dapat dilihat seawal dua minggu daripada penggunaannya,” katanya.

Sementara itu, bagi meraikan kejayaan lebih daripada 100 tahun dalam inovasi penjagaan kulit, Eucerin memperkenalkan produk berteknologi tinggi, terbaharu Eucerin Spotless Brightening Booster Serum yang mempunyai thiamidol yang dipatenkan dan Pro-Brightening System.

Serum ini mampu menghilangkan bintik hitam sehingga 75 peratus dalam masa hanya dua minggu dan mengekang bintik hitam daripada muncul kembali.

Ia adalah produk terulung dalam rangkaian Eucerin Spotless Brightening dengan tambahan pada bahan utama, tekstur formula serta pembungkusan yang lebih baik dan premium, menjadikan ia sebagai produk ideal buat pengguna yang sedang mencari solusi kulit berasaskan dermatologi.

Serum ini diperkaya bahan aktif thiamidol. Bahan yang telah dipatenkan ini merupakan bahan eksklusif, ciptaan para saintis Eucerin selepas melakukan pelbagai ujian terhadap lebih daripada 50,000 bahan kandungan yang lain.

Thiamidol merupakan bahan efektif yang lembut terhadap kulit wajah. Ia mempunyai kebolehan menyerikan wajah sebanyak 10 kali ganda dan mampu menghalang pengeluaran melanin pada sumbernya selain mengekang berlakunya hiperpigmentasi.

Manakala sistem Pro-Brightening ini berkesan untuk meningkatkan tahap perlindungan daripada kerosakan sel kulit dan mengekang kemunculan semula bintik hitam.

Rangkaian produk ini ditawarkan pada harga antara RM52 hingga RM209.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN