Tujuh ciri siri Honor Magic 3 perlu diketahui - Utusan Malaysia

Tujuh ciri siri Honor Magic 3 perlu diketahui

Dilengkapi Snapdragon 888 Plus 5G. Juga hadir dengan teknologi grafik GPU Turbo X yang mengurangkan penggunaan tenaga dan memberi prestasi lancar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Jenama telefon pintar, Honor muncul lagi dengan peranti terbaharu yang dikatakan menawarkan teknologi premium berserta ciri-ciri luar biasa bagi fotografi dan videografi.
Jika dilihat pada rekaan, Honor Magic 3 Series itu kelihatan agak elegan dengan rekaan kamera belakang yang unik berbentuk bulat sederhana besar.
Tapi ada ciri menarik ke? Jom semak tujuh ciri penting yang tersedia pada peranti baharu ini.

1.Skrin
Siri terbaharu ini hadir dengan Paparan Melengkung Super 89 darjah bersama bezel ultra nipis bagi memberikan pengalaman menonton yang memuaskan kepada pengguna. Skrin telefon pintar itu juga turut memaparkan 1.07 bilion warna serta menyokong persijilan HDR10+. Ini bermakna, pengguna daoat menikmati visual dengan earna lebih terang dan terperinci.
Dari segi rekaan, ia didatangkan dengan perlindungan kristal Nano melengkung dan rangka seramik Nano. Rekaan ini sekaligus memberi rasa premium kepada pengguna dan rasa selesa ketika memegangnya.

2.Pengaturan Filem AI pada telefon pintar pertama di dunia
Siri ini juga dikatakan yang pertama di dunia memiliki pengaturan Filem AI pada telefon pintar dengan IMAX Enhanced. Ia dilengkapi sistem rakaman
Magic-Log dan 3D LUT sinematik (LUT) yang biasa digunakan golongan profesional untuk merakam filem.
Ia turut dimuatkan dengan toga mikkrofon untuk prestasi audio yang lebih jelas. Ciri ini pasti dinanti-nantikan oleh Youtuber dan pencipta kandungan yang gemar merakam dan menghasilkan karya video.

3.Pemproses
Dilengkapi Snapdragon 888 Plus 5G. Juga hadir dengan teknologi grafik GPU Turbo X yang mengurangkan penggunaan tenaga dan memberi prestasi lancar.

4.Pautan muat turun terpantas
Honor turut membangunkan teknologi canggih tersendiri, LINK Turbo X yang berjaya menggunakan rangkaian Wi-Fi dan cellular untuk kelajuan muat turun maksimum 6.1Gbps.

5.Kamera
Rekaan baharu ini dikatakan memiliki kehebatan kamera Honor tahap tertinggi. Ia hadir dengan sistem pengimejan canggih yang dilengkapi kecerdasan buatan (AI) bagi memberi hasil imej berkualiti tinggi serta menakjubkan dengan setiap bidikan.
Didatangkan dengan empat kamera iaitu Kamera Monokrom 64 MegaPixel (MP), Kamera Sudut Lebar 50MP,
Kamera Sudut Lebar Ultra 64MP 126 darjah dan Kamera Telefoto Periskop 64MP menjadikan imeh yang dirakam menjadi lebih ‘hidup’.
Lebih menarik, ia juga hadir dengan autofokus Full Pixel Octa Phase Detectio yang membolehkan rakaman objek bergerak dapat ‘ditangkap’ dengan cepat, tepat dan jelas. Malah, tambahan ciri Penstabil Imej Optik (OIS) membuatkan pengguna tidak lagi memerlukan tripod atau penstabil.

6.Teknologi Superconductive Hexagonal Graphene
Honor Magic 3 menggunakan teknologi Graphene Hexagonal Superconductive untuk mengimbangi penggunaan tenaga, haba serta memberi prestasi sangat baik, sekali gus memberi pengalaman permainan mudah alih yang baik.

7.Bateri tahan lama
Hadir dengan bateri berkapasiti 4600mAh yang menyokong pengecasan pantas berwayar HONOR SuperCharge 66W atau 50W.
Jika dilihat dari segi ciri-ciri yang ditawarkan, Magic 3 mungkin antara telefon pintar masa kini yang boleh dicuba.
Ia ditawarkan dalam beberapa pilihan warna iaitu Golden Hour, Blue hour serta warna asas hitam dan putih.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN