PETALING JAYA: Kerajaan memperuntukkan RM400 bilion dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dengan memberikan lebih tumpuan kepada enam negeri selain mempertingkatkan ekuiti korporat dalam memperkasakan agenda bumiputera. Pelan pembangunan lima tahun itu terkandung dalam sembilan fokus utama RMK12 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Dewan Rakyat, semalam bertemakan ‘Keluarga Malaysia – Makmur, Inklusif, Mampan’. Sembilan fokus yang dirangka memberi tumpuan kepada Merancakkan Pertumbuhan Ekonomi, Memperkukuh Pemangkin Pertumbuhan,…










