‘TAHAN TINGGAL TAK TAHAN CABUT’. Itu frasa paling tepat bagi mana-mana anggota tentera atau polis yang mengikuti modul kursus asas komando termasuk Pasukan Khas Laut (Paskal). Pelbagai modul disediakan untuk pelatih harungi hampir lima bulan yang dibuat bukan sahaja untuk menguji ketahanan fizikal semata-mata. Sebaliknya, ia melibatkan ketahanan mental bagi menghadapi situasi sebenar dalam operasi khas. Apa yang pasti pelatih sudah tahu sengsara yang bakal ditanggung sejak hari pertama melapor…