Jadilah pelakon berkaliber - Namron - Utusan Malaysia

Jadilah pelakon berkaliber – Namron

NAMRON.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kini dilihat kebanyakan penggiat seni mengangkat pelakon baharu menghiasi layar skrin menerusi media sosial dek kerana populari yang mereka kecapi.

Malah, kita sendiri dapat melihat kini seakan begitu mudah figura yang mempunyai pengikut yang ramai di media sosial diambil sebagai selebriti tanah air.

Tidak menafikan rezeki yang dikurniakan Ilahi buat mereka ini, namun adakah ia benar-benar dapat memenuhi syarat sebagai pelakon sesebuah naskhah tersebut?

Menurut pelakon legenda tanah air, Namron, dia mengalu-alukan kedatangan wajah baharu dalam industri tanah air, namun haruslah didatangi dengan ilmu dan juga bakat sebagai pelakon.

“Kebanyakan pelakon baharu ini majoritinya datang daripada latar belakang media sosial. Untuk menjadi pelakon jika kita mendapat peluang, apa yang penting adalah ilmu.

“Cari ilmu untuk memperbaiki diri, kerana sekarang ramai pelakon yang bersandarkan kepada populariti semata-mata.

“Jadi, kadang kala bakat dan ilmu tiada, pendapat saya kalau kerjaya lain pun kalau tiada kemahiran dalam bidang berkenaan, mereka tidak tawar pada kita,” tuturnya.

Kata perangkul gelaran Pengarah Filem Terbaik Anuugerah Festival Filem Malaysia 2019 itu, dia juga menyifatkan seorang yang bergelar pelakon itu perlulah sentiasa komitmen dalam tugasan.

Menurut pengalaman ketika di set, segelintir pelakon baharu gemar mengikut telunjuk sendiri serta kurang menjiwai sesebuah watak yang diberikan.

“Begitu juga dengan lakonan, ada uji bakat lakonan untuk mencari bakat. Ia melibatkan komitmen, komitmen itu bukan sekadar untuk hadir ke set mengikut waktu yang ditetapkan.

“Kerana tepati masa pun ada yang masih gagal. Kita lihat pula komitmen dengan karakter, watak yang dibawa itu.

“Ada segelintir pengarah sudah memberitahu tidak boleh bersolek tebal, tapi dia nak juga, nak cantik juga. Perlu tahu itu, nak menjadi model untuk tayang kecantikan ke atau tanggungjawab terhadap watak,” tegas Namron.

Disiplin dan tanggungjawab sebagai pelakon
Bukan kerja professional sahaja memerlukan disiplin yang tinggi, malah pelakon juga memerlukan tanggungjawab yang harus dibawa semasa di set pengambaran.

Kata Namron, dia yang sudah banyak mewarnai layar skrin tanah air malah di negara luar menekankan, mereka yang baru sahaja ingin memahan nama dalam industri seni ini haruslah mencari ilmu agar nama tetap relevan.

“Tanggungjawab terhadap sebuah naskhah itu harus betul-betul pegang supaya apabila kita melakukan pengambaran, kita tidak akan menyusahkan banyak pihak.

“Kita juga perlu ingat, dalam sesebuah produksi itu, bukan kita seorang sahaja. Ia melibatkan ramai orang dan tanggungjawab kita sangat berat sebagai seorang pelakon. Malah, bukan hanya nak berseronok di set, tidak.

“Cari ilmu, diri kena kuat untuk relevan lebih lama dalam industri ini. Jangan main langgar ambil semua tawaran berlakon, cari naskhah dulu kerana sebuah filem yang baik itu datangnya daripada naskhah yang baik. Jadilah pelakon yang berkaliber,” ujarnya ketika ditemu bual.

Berkata kepada Utusan Malaysia, Namron menyifat seorang pelakon itu sama sepertis seorang atlet. Hal ini demikian kerana pelakon haruslah sentiasa berlatih agar tidak tergelincir dari landasan.

Walaupun sudah digelar legend dalam industri perfileman, namun perasaan setiap kali melangkah masuk ke set tetap diawali dengan rasa debar.

“Pandemik ini adalah tempoh untuk kita bertenang. Faham, kita kini dalam keadaan stress, nak bekerja, nak turun ke set. Gunakanlah masa yang ada ini untuk perbaiki semula.

“Mungkin sebagai seorang pelakon, cuba dapatkan pengalaman baharu iaitu membaca dan menonton. Saya risau sebenarnya jika kita sudah boleh kembali semula untuk berlakon. Disiplin pelakon bagaikan seorang atlet, mereka perlu sentiasa berlatih.

“Mengikut pengalaman saya, jika melangkah masuk ke set, debaranya. Tetapi jika dah lama berehat dan nak melakukan pengambaran semula, debarannya sangat besar. Kita macam ahli sukan, apabila dah lama tiada game, mula berdebar-debar,” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×