PUTRAJAYA: Dua lagi saluran televisyen baharu tempatan dijangka disiarkan ke seluruh negara menerusi platform penyiaran digital percuma MYTV dalam masa yang terdekat. Sumber industri penyiaran berkata, saluran berkenaan diuruskan oleh sebuah syarikat dimiliki individu terkenal dalam bidang hiburan tanah air. “Operasi saluran dalam bahasa Melayu sepenuhnya itu bakal bersiaran 24 jam setiap hari dengan satu saluran menyajikan format kandungan pelbagai seperti Awesome TV,” katanya. Sementara satu lagi dikhususkan sebagai wadah…










