Khoon Hooi, bukan sekadar terkenal sebagai jenama busana mewah, elegan dan penuh gaya pilihan wanita. Ia juga adalah bukti hasil kreatif pereka fesyen tersohor, Lee Khoon Hooi. Setiap satu busana rekaannya pasti mencuri perhatian peminat fesyen tempatan dan antarabangsa. Jenama dan label Khoon Hooi terkenal dengan pakaian malam dan gaun yang dibuat dengan sempurna dan kaya dengan perincian. Sesuai untuk digayakan oleh selebriti di permaidani merah dan sudah tentunya untuk…










