Memiliki wajah tona sekata tanpa cela menjadi impian ramai wanita.
Bukan semata-mata mahu cantik, sebaliknya ia tiket untuk tampil lebih berkeyakinan.
Merealisasikan impian itu, Syarikat Rosierra Global Sdn Bhd. menerusi anak syarikat Arora Skincare tampil dengan arora ampoule beauty booster.
Pengasas Arora Skincare, Shahirra Shahrul Asmawi, 33 berkata ampoule pertama di Malaysia yang dihasilkan untuk kegunaan rutin harian.
Katanya revolusi terbaharu dalam segmen produk penjagaan wajah itu merupakan sejenis penggalak kecantikan hasil daripada ramuan semulajadi dan bebas kimia.
“Sebelum ini kebanyakan pengguna ampoule dalam kalangan orang berada kerana kosnya yang agak tinggi. Namun dengan produk ini, ia membantu orang ramai khususnya wanita, merasai pengalaman menggunakan produk berkualiti pada harga mampu milik,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Terhasil daripada bahan-bahan aktif terbukti melalui kajian klinikal serta gabungan teknologi kecantikan dari Korea dan Perancis. Ia juga bermanfaat untuk mengatasi masalah jeragat, jerawat, parut jerawat, dan kulit kusam.
Pengeluaran ampoule kegunaan rutin harian, membolehkan pengguna mendapat kesan dan kualiti yang sama tetapi pada kos lebih rendah.
KELAHIRAN PRODUK
Produk itu hasil pembangunan Shahirra bersama suami selaku Ketua Pegawai Eksekutif Rosierra Global Sdn. Bhd, Rashid Omar, 33 dan pakar bioteknologi, Dr. Suhana Misnan.
Dr. Suhana yang memiliki 18 tahun pengalaman dalam bidang kecantikan, berjaya menggabungkan teknologi dari Korea dan Perancis dalam penghasilan ampoule.
Malah kaedah itu terbukti menjimatkan kos sekaligus membolehkan ia dijual pada harga mampu milik.
DITERIMA RAMAI
Sementara itu, Rashid berkata, produk berkenaan mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai. Walaupun baru tiga bulan dipasarkan, lebih 20,000 set berjaya dijual dan catatan jualan melebihi RM2 juta.
“Menariknya, jualan ini berjaya dicapai seawal fasa pra pelancaran. Realitinya disebabkan pandemik, kami belum pun sempat memulakan kempen pemasaran dan penjenamaan besar-besaran. Begitupun banyak jualan terhasil secara iklan mulut ke mulut.
“Saya percaya, jika produk terbaik, impaknya juga pasti akan hebat juga,” katanya.
Buktinya, ibu pejabat syarikat menerima beribu testimoni daripada pelanggan yang telah berjaya mengatasi masalah masing-masing menggunanakan produk berkenaan.
Syarikat katanya, turut merancang menganjurkan majlis pelancaran sehingga keadaan mengizinkan.
MEMBANTU PELANGGAN
Prihatin dengan senario orang ramai diberhentikan kerja akibat pandemik, kata Rashid, syarikat turut menawarkan orang ramai yang berminat untuk menjadi agen jenama tanpa memerlukan modal.
“Syarikat menjalankan perniagaan dalam talian sejak 2017 namun dalam tempoh itu kami hanya jalankan secara persendirian menggunakan staf dalaman sahaja.
“Apabila pandemik melanda dan melihat statistik pengangguran semakin tinggi, saya mula memikirkan sesuatu untuk berkongsi rezeki,” katanya yang menasarkan 5,000 ejen sehingga Disember, dengan sasaran jualan RM10 juta ringgit.
Hingga kini ada 575 ejen berdaftar dengan lebih RM700,000 dikeluarkan untuk membayar komisyen kepada para ejen.
Ditawarkan pada harga serendah RM55 untuk pek percubaan. Layari www.aroraskincare.com atau talian 011-11979246.










