Resipi cucur badak sedap: Ubi keledek lebih, inti tidak terlalu pedas - Utusan Malaysia

Resipi cucur badak sedap: Ubi keledek lebih, inti tidak terlalu pedas

Cucur badak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Salah satu kuih tradisional kegemaran ramai adalah kuih cucur badak.

Ramai yang suka makan kuih ini. Kalau sukar untuk membelinya, apa kata anda cuba buat sendiri kuih cucur badak ini.

Sarimah Ismail berkata, cucur badak yang sedap apabila sukatan ubi keledek lebih banyak daripada daripada tepung.

Manakala intinya pula tidak boleh terlalu pedas.

Salah satu tips memilih cili kering kurang pedas ialah pilih yang jenis tidak terlalu kerinting.

Cucur badak

Bahan inti:

½ biji kelapa parut putih – dikisar seketika dengan sedikit air
200 gram udang kering* – basuh dan rendam seketika
7-9 biji cili kering – bukan cili kerinting*
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
2 batang serai*
½ inci halia*
¾ inci kunyit hidup* atau 1 sudu teh serbuk kunyit
2 – 2 ½ sudu besar gula pasir
½ – 1 sudu teh garam
½ ketul kiub ayam ( pilihan)
3 sudu besar minyak

Cara-cara membuat inti:

1. Kisar bahan-bahan yang bertanda (*).
2. Panaskan minyak. Tumiskan bahan yang dikisar sehingga naik bau.
3. Masukkan kelapa yang sudah dikisar sebentar tadi.
4. Masukkan gula, garam dan kiub ayam. Kacau rata sehingga kering air dan sehingga masak.Tutup api dapur dan ketepikan.

Bahan untuk doh:

2 ketul ubi keledek ungu @ 500 gm – rebus dan lenyek halus
2 sudu besar tepung beras
2 sudu besar gandum
½ sudu teh garam

Cara membuat doh:

1. Satukan dan gaul keledek,gandum dan garam. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit tepung beras. Gaul sehingga adunan tidak terlalu lembik atau terlalu keras, kira-kira boleh dibentuk doh dan tidak lekat pada tangan.
2. Bulat-bulatkan dan leperkan doh. Masukkan inti dan cantumkan semula dan jadikan bentuk leper semula.
3. Panaskan minyak dan goreng dengan api yang sederhana sehingga masak.
4.Angkat dan toskan.

Terima kasih: Sarimah Ismail
Facebook : Sarimah Ismail / https://www.facebook.com/groups/940772822933012/user/100001791088239/

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.