Buat penggemar makanan India, boleh cuba buat masala vadai. Masala vadai ini diperbuat daripada kacang dal yang kemudiannya dicampur dengan bahan-bahan lain seperti bawang merah, daun kari, cili dan lain-lain lagi.
Senang sangat hendak buat masala vadai yang dikongsikan oleh Sherara Shasham ini. Cuma proses merendam dan memerap kacang dal sahaja yang agak memakan masa. Setelah siap digoreng, masala vadai ini sedap dimakan. Sekali gigit rasa rangup di luar dan lembut di dalam.
Bahan-bahan:
400 gram kacang dhal – direndam selama tiga ke empat dan toskan selama sejam.
1 biji bawang merah saiz besar (potong dadu)
1 sudu besar serbuk bawang putih
1 genggam daun kari
1/2 sudu kecil serbuk perisa (jika suka)
1 sudu kecil jintan manis (lebihkan jika suka)
1 sudu kecil jintan putih (lebihkan jika suka)
10 batang cili api (ikut citarasa)
Sedikit serbuk kari untuk penaik rasa (boleh diabaikan)
Garam & gula secukupnya
Cara penyediaan:
1-Ambil segenggam kacang dal yang telah direndam tadi. Ketepikan.
2-Kisar kacang dal selebihnya sehingga halus dengan dua sudu besar air untuk setiap kisaran.
3-Campurkan kacang dal kasar dan halus dengan semua bahan-bahan lain.
4-Gaulkan kesemuanya sehingga sebati dan biarkan selama sejam dalam peti sejuk.
5-Bebolakan dan leperkan. Semakin leper kuih, semakin garing luarannya. Haruslah berhati-hati ketika memasukkan ke dalam minyak panas supaya tidak hancur.
6-Goreng dengan minyak yang banyak dan betul-betul panas.
7-Kecilkan api setelah memasukkan adunan agar kuih tidak pecah.
8-Goreng sehingga kekuningan dan garing. Toskan minyak dan hidangkan.
Terima kasih: Sherara Shasham X Corner /Masakan Malaysia & Antarabangsa (MMA)
Facebook: Sherara Shasham/https://www.facebook.com/Sherara.Shasham
https://www.facebook.com/groups/2530627933865266/permalink/2920167928244596










