Kulit cempedak boleh dibuat jeruk mandai - Utusan Malaysia

Kulit cempedak boleh dibuat jeruk mandai

Mandai enak dihidang bersama nasi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Biasanya selepas mengambil isi buah cempedak, kita akan membuang kulitnya. Tahukah anda kulit cempedak juga boleh diolah menjadi makanan yang sedap dimakan. Jika tidak percaya boleh cuba buat makanan yang dipanggil mandai ini.

Kulit cempedak boleh dijadikan jeruk dan kemudiannya dimasak seperti pekasam. Jeruk kulit cempedak ini asalnya adalah masakan dari masyarakat Banjar. Sedap dimakan bersama nasi panas.

Cara penyediaannya juga sama seperti cara masak ikan pekasam. Kepada anda yang ingin mencuba membuat mandai, rasanya berlemak, masin dan manis.

Mandai

Bahan-bahan:

Kulit cempedak
3 sudu makan garam
Air suam
Botol untuk menyimpan kulit cempedak yang akan dijadikan jeruk

Cara membuat jeruk mandai goreng:

1-Bersihkan kulit cempedak.
2-Potong kulit cempedak berbentuk kiub.
3-Bersihkan kulit cempedak yang telah dipotong kiub ini sekali lagi.
4-Lumur garam pada kulit cempedak. Anggaran tiga sudu besar garam atau lebih bergantung banyak mana air digunakan.
5-Ramas kulit yang telah dilumur garam ini dengan sebati.
6-Masukkan kulit cempedak ini ke dalam botol. Selepas itu masukkan air suam.
7-Letakkan ia dalam bekas.
8-Selepas tiga hari boleh keluarkan jeruk kulit cempedak atau mandai ini. Hiris nipis mandai yang hendak digunakan.
9-Ambil bawang dan cili padi. Hiris bawang dan cili padi.
10-Panaskan minyak dan goreng mandai terlebih dahulu. Boleh goreng separuh masak atau goreng sehingga garing. Selepas itu barulah masukkan bawang dan cili yang telah dihiris tadi. Cara memasaknya sama seperti menggoreng pekasam.

Terima kasih: Nurhidayah Ash’ari
Facebook : Dya Romantika / https://www.facebook.com/groups/MasakApaHariNiMAHN.my/permalink/3725976184392337

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN