Keindahan batik tak lapuk dek zaman - Utusan Malaysia

Keindahan batik tak lapuk dek zaman

Nyonya Kain adalah kedai dalam talian batik dan tekstil yang menawarkan pelbagai produk batik termasuk pakaian dan aksesori.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pembuatan batik tidak sesukar penghasilan fabrik warisan lain seperti songket atau sulam.

Peralatan dalam menyiapkan selembar kain batik juga tidak begitu sofistikated dan ada pantang larang tertentu.

Ciri-ciri itulah antara ramuan membolehkan fabrik ini menemui ramai peminat tanpa mengira batas usia dan jantina.

Penggayaan yang fleksibel, menjadikan sepersalinan batik tidak canggung digayakan ke pelbagai acara, sama ada formal atau santai.

Ciri-ciri dimiliki itu, menjadikan batik pakaian disenangi ramai dari dulu hingga kini.

Kedai dalam talian, Nyonya Kain menyediakan pelbagai produk berasaskan batik.

Pelbagai potongan kreatif ada dijual di sini. Ada pakaian potongan gaun dan tidak kurang ala kimono untuk digayakan ke acara santai.

Bagi yang yang gemarkan acara formal, potongan baju kurung dengan rona tidak keterlaluan boleh dimiliki.

Kain batik, dibuang jangan. Perca kain yang tidak boleh dibuat baju, boleh dihasilkan dalam bentuk aksesori seperti beg tangan, pengikat rambut dan gelang.

Bak kata pepatah, “tak lapuk di hujan, tak lekang dek zaman”, setiap hasil kraftangan produk batik tetap ada peminat tersendiri.

Beli dan sumbang

Sementara itu menerusi semangat Merdeka dan #kitajagakita, Nyonya Kain turut melancarkan kempen Nyonya Kain & The Community Campaign.

Kempen amal dengan kerjasama MERCY Malaysia bertujuan menyokong pertubuhan itu dalam memperkuatkan sistem kesihatan Malaysia bagi menangani Covid-19.

Aneka pilihan aksesori berasaskan kain batik boleh dipakai untuk kegunaan harian atau dibeli sebagai cenderamata.

Pengasas Nyonya Kain, Dayana Reza berkata, 20 peratus ​daripada semua penjualan produknya sehingga 31 Oktober ini akan disumbangkan kepada MERCY.

Ia bagi menjayakan program bantuan perubatan termasuk menyokong pelaksanaan pusat vaksinasi bergerak (PPV) untuk memvaksin anggota masyarakat yang menghadapi masalah ke PPV.

Katanya. sepanjang kempen, orang ramai boleh membeli apa saja dari laman web tersebut.

Kain Nyonya menawarkan pelbagai produk batik buatan tangan dan menerapkan konsep zero-waste dalam memastikan setiap helai kain, digunakan sepenuhnya dalam produk mereka.

Jenama ditubuhkan sejak 2018, sehingga kini mengumpul lebih RM10,000 untuk tujuan amal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN