Jeruk petai, rangup dan tahan lebih lama - Utusan Malaysia

Jeruk petai, rangup dan tahan lebih lama

Jeruk petai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Ramai suka makan petai. Ia boleh dimakan segar sebagai ulam atau dicampur sebagai ramuan dalam hidangan.

Harga petai yang mahal menjadikan ulam ini amat berharga. Jika terdapat banyak lebihan stok petai di rumah apa kata kalau ia dibuat jeruk. Begitupun, untuk dibuat jeruk, pilih buah yang masih segar, sebab itulah petua dalam mendapatkan jeruk rangup dan tahan lama.

Jeruk petai

Bahan-bahan:

Beberapa papan petai
3 hingga 4 sudu makan garam
Air masak – ikut takat balang
2 hingga 3 keping asam gelugur
Balang plastik untuk isi buah petai yang akan dijadikan jeruk

Cara penyediaan:

1-Panaskan air sampai menggelegak. Selepas itu ambil petai dan celur sekejap sahaja.
2-Pastikan anda boleh kopek isi petai dengan baik. Jangan celur sampai lunyai. Biar isi dia keras lagi semasa keluarkan petai dari kulit tu.
3-Bubuh isi petai ke dalam balang plastik. Masukkan garam himalaya. (Garam ini kurang masin tetapi sedap).
4-Goncang balang itu. Biarkan ia direndam semalaman. Lihat samada petai itu mengembang dengan baiknya.
5-Keesokan harinya setelah petai mengembang, masukkan air masak. Bukan air paip ke dalam balang tersebut. Masukkan air sama paras dengan air yang sedia ada dalam balang tersebut sebab petai ini akan mengembang semula. Kalau air terlebih, sukar bagi petai hendak mengembang disebabkan tidak cukup ruang di dalam balang tersebut.
6-Selepas masukkan air, letak pula dua hingga tiga keping asam gelugur. Biarkan ia direndam.
7-Setelah air diletak, petai ini akan mengembang lagi. Tunggu sehingga petai betul-betul kembang. Ia mungkin mengambil masa sehingga dua hari.
8-Setelah dua hari, bolehlah keluarkan jeruk petai tersebut. Siap untuk dimakan.

Tips agar jeruk petai tahan lama:

Selepas seminggu dijeruk, bolehlah buang air dalam balang tersebut. Keluarkan petai dan letak di dalam bekas lain. Simpan petai jeruk itu di dalam peti ais.

Cara ini boleh mengelakkan petai terendam lama dalam air jeruk dan sekaligus menyebabkannya tidak lagi rangup apabila dimakan.

Terima kasih : Rozana Hashim AsSalihin
Facebook: Rozana Hashim AsSalihin/https://www.facebook.com/rozana.hashim.16

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN