KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mesti membuat laporan polis supaya siasatan berhubung pihak tertentu yang didakwa menekan beliau supaya mencampuri urusan mahkamah, dapat dimulakan. Kegagalan ahli Parlimen Pagoh itu berbuat demikian boleh ditafsirkan melanggar Seksyen 202 Kanun Keseksaan kerana tidak melaporkan atau membuat aduan kepada polis berhubung kejadian jenayah di dalam pengetahuannya. Bercakap kepada Utusan Malaysia, peguam kanan, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, hal itu adalah mustahak…










