Akhbar Utusan Malaysia amat dekat di hati saya. Sejak kecil saya melihat arwah atuk membaca akhbar Utusan Malaysia dan akhbar Jawi, Utusan Melayu. Sebagai pembaca setia, hari atuk seolah-olah tidak lengkap jika tidak dapat membaca kedua-dua akhbar utama itu. Sejak peringkat permulaan belajar membaca, saya pilih Utusan Malaysia. Walaupun tidak dapat memahami kebanyakan berita yang dibaca, saya tetap seronok. Peranan Utusan Malaysia begitu besar dalam sejarah pembangunan negara sejak dahulu lagi. Ramai nama besar dalam dunia penulisan, kewartawanan dan politik bermula daripada akhbar ini. Akhbar ini juga memainkan peranan utama…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya