WALAUPUN harga komoditi sawit telah meningkat sejak awal tahun ini, generasi kedua Felda tidak terlalu mengharapkan pendapatan ibu bapa mereka yang turut menanggung bayaran kembali hutang Felda dan perbelanjaan lain. Senario kehidupan warga Felda khususnya generasi kedua masih tidak berubah khususnya tekanan pendapatan apabila ancaman pandemik Covid-19 di peringkat global dan negara sejak tahun lalu menyaksikan mereka hilang pendapatan dan pekerjaan. Malahan golongan itu yang ada berhijrah ke tempat lain…









