Peria kaya khasiat tetapi dek kerana rasanya yang pahit, ramai lebih suka ia digoreng tepung berbanding di masak tumis begitu sahaja.
Setelah peria dibersihkan dan dibuang bijinya, potong dan hiris nipis.
Ambil garam dan gaulkan dengan peria hingga ia jadi layu.
Garam inilah yang akan mengeluarkan pahit peria. Biarkan selama 15 hingga 30 minit.
Kemudian bolehlah cuci peria yang direndam air garam ini sehingga bersih. Cuci berkali-kali menggunakan air paip bagi memastikan garam itu hilang sepenuhnya daripada peria tersebut.
Bagi memastikan peria tidak lembik semasa digoreng, anda perlu memerah peria terlebih dahulu bagi mengeluarkan air lebihan. Cara ini boleh buat peria goreng jadi garing dan rangup.
Peria goreng rangup
Bahan-bahan:
1 biji peria
Tepung serbaguna Bistari
3 sudu makan garam
Minyak untuk menggoreng
Cara membuat peria goreng rangup:
1-Potong peria. Bersihkan dan korek bijinya. Setelah itu hiris nipis peria itu. Jika hendak sagat pun boleh.
2-Setelah siap dihiris peria tersebut, masukkan garam dan gaulkan peria itu sehingga jadi layu. Biarkan selama 15 hingga 30 minit. Garam inilah yang akan mengeluarkan rasa pahit peria.
3-Selepas direndam, akan keluar air. Air inilah yang pahit. Buangkan air tersebut dan kemudian cuci peria dengan air sehingga bersih sebab kita tidak mahu peria tadi jadi masin pula.
4-Selepas dicuci, perah bagi keluar air. Jika tidak nanti peria akan lembik bila digoreng. Selesai diperah, boleh masukkan tepung serbaguna bistari. Gaulkan tepung dengan peria agar ia melekat.
5-Setelah selesai digaul, salut semula peria dengan tepung bistari kering. Salut satu persatu sebelum digoreng.
6-Goreng dalam api sederhana. Masuk satu persatu peria. Apabila garing bolehlah angkat dan toskan minyak terlebih dahulu.
Nota:
1-Tips agar peria lagi rangup dan tahan lama, anda boleh mencampurkan tepung bistari dengan sedikit tepung jagung dan sedikit tepung beras.
2-Hendak lagi rangup, boleh goreng peria sebanyak dua kali. Tetapi pastikan peria goreng itu sejuk terlebih dahulu, baharulah goreng untuk kali kedua. Renyah sikit proses ini tetapi berbaloi bagi mendapatkan kerangupan yang diinginkan.
Terima kasih: Aisyah Abdullah
Facebook : Aisyah Abdullah / https://www.facebook.com/Panaisya










