Peria kaya khasiat tetapi dek kerana rasanya yang pahit, ramai lebih suka ia digoreng tepung berbanding di masak tumis begitu sahaja. Setelah peria dibersihkan dan dibuang bijinya, potong dan hiris nipis. Ambil garam dan gaulkan dengan peria hingga ia jadi layu. Garam inilah yang akan mengeluarkan pahit peria. Biarkan selama 15 hingga 30 minit. Kemudian bolehlah cuci peria yang direndam air garam ini sehingga bersih. Cuci berkali-kali menggunakan air paip…