Manusia makan lima gram mikroplastik seminggu - Utusan Malaysia

Manusia makan lima gram mikroplastik seminggu

Dr. Yusof menjalankan kajian sampel di makmal.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Sehingga kini penggunaan beg plastik dalam kalangan masyarakat masih lagi tinggi.

Dianggarkan masyarakat dunia menggunakan 500 bilion unit beg plastik setiap tahun atau secara ringkasnya satu juta beg plastik digunakan setiap satu minit untuk pelbagai aktiviti harian.

Kesannya, jika sisa pepejal plastik ini tidak diuruskan dengan baik akan menyebabkan kemusnahan bukan sahaja kepada hidupan lain malah manusia sendiri juga akan turut terjejas.

Lebih membimbangkan, pada ketika ini kesan pembuangan plastik ini telah menghasilkan partikel plastik yang dikelaskan sebagai mikroplastik.

Ia terhasil daripada serpihan kecil plastik tergredasi fiber sintetik dan partikel halus plastik yang lebih sukar dikesan dan tidak nampak jika dilihat dengan mata kasar.

Penyelidik mikroplastik Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr. Yusof Shuaib Ibrahim berkata, manusia menelan kira-kira lima gram mikroplatik dalam masa seminggu.

“Manusia memakan hampir sekeping kad kredit dalam tempoh seminggu iaitu sebanyak lima gram mikroplastik.

Plastik yang dibuang oleh manusia akan hanyut ke lautan dan ia tidak terurai atau hilang begitu sahaja, malah proses tindak balas yang mengambil masa lama akan
menghasilkan mikroplastik dan akhirnya dimakan oleh hidupan marin.

Selalunya ia terperangkap dalam badan organisma terutamanya di bahagian perut disebabkan dimakan oleh haiwan tersebut terutamanya ikan dan hidupan
bercengkerang,” ujarnya menjelaskan mengenai kitaran mikroplastik.

Bukan itu sahaja, sisa buangan ini juga mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan selain memudaratkan kesihatan manusia, haiwan dan juga tumbuhan.

Sisa yang hanyut ke laut turut membunuh penyu dan haiwan marin yang menyangka ia obor-obor atau makanan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN