Lima rutin kurangkan risiko Covid -19 - Utusan Malaysia

Lima rutin kurangkan risiko Covid -19

Prof. Dr. James Koh Kwee Choy.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEWAKTU awal pandemik, virus Covid-19 dikatakan merebak menerusi titisan sama ada apabila seseorang itu bercakap, bersin atau batuk.

Baru-baru ini, Kementerian Kesihatan (KKM) telah mendedahkan, wabak Covid-19 boleh merebak melalui udara dan tidak lagi sekadar melalui titisan.

Ketua Jabatan Perubatan, Fakulti Perubatan di International Medical University (IMU), Prof. Dr. James Koh Kwee Choy, berkata terbaharu terdapat laporan menyatakan rantaian jangkitan sukar dikesan menyebabkan ramai pakar bersetuju Covid-19 mungkin merebak melalui udara, lantas menjadikan kadar penyebaran kian cepat dan meluas.

Katanya sebagai contoh, apabila kita berada di dalam ruang dengan sistem peredaran udara tertutup seperti di dalam bangunan atau kenderaan, risiko jangkitan virus yang berlegar di udara adalah lebih tinggi.

Walaupun tiada bukti saintifik pencegahan virus namun beliau menggariskan lima rutin yang boleh mengurangkan risiko jangkitan Covid-19:

1) Bilik tertutup, berhawa dingin atau terbuka selamat?

Benarkah duduk di dalam bilik berhawa dingin tidak bagus berbanding berada di luar?
Menurut Prof. James, risiko jangkitan akan menjadi lebih tinggi berbanding jika berada di kawasan lapang. Pengudaraan yang baik boleh didapati dengan membuka tingkap di ruang yang tertutup.

2) Pemakaian dua pelitup muka
Pelitup muka kain yang dipakai di atas pelitup muka, memastikan ia terletak elok dan merendahkan risiko untuk virus memasuki hidung dan mulut.
Pemakaian pelindung muka plastik (face shield) atau goggle ketika melakukan aktiviti riadah juga boleh memberi lapisan perlindungan tambahan daripada titisan menerusi bersin atau batuk tetapi tidak dapat menghalang 100 peratus jangkitan Covid-19.

3) Tidak keluar rumah
Jangan keluar rumah sekiranya tiada keperluan berbuat demikian. Jangan sangka apabila tidak dijangkiti, kita akan sentiasa selamat walaupun menjaga penjarakan fizikal. Covid-19 kini boleh bergerak melalui udara. Sebenarnya lebih selamat berada di rumah. Kebanyakan kes baharu tidak menunjukkan simptom jelas biarpun pesakit sudah dijangkiti termasuk wujud varian baharu seperti varian Afrika Selatan dan United Kingdom serta India yang sudah mula menular di dalam komuniti.

4) Penggunaan oksimeter
Lambakan jualan alat oksimeter yang dapat mengukur sendiri kadar kandungan oksigen di dalam tubuh dikhuatiri tidak berkualiti dan cara penggunaan sendiri, mungkin tidak mengikut kaedah tepat.
Penanda aras 98 ke 100 menunjukkan kadar oksigen yang baik dan jika ia mencecah 95 ke bawah, perlu mendapatkan bantuan perubatan dengan segera. Jika bacaan oksimeter pada paras 96 tetapi sudah tidak berdaya untuk bernafas, segeralah ke hospital.

5) Penggunaan alat penapis udara
Penapis udara di pasaran dilengkapi HEPA seperti digunakan di dalam pesawat, unit rawatan kecemasan (ICU) dan wad isolasi boleh menapis sesetengah jenis virus namun tidak 100 peratus berkesan.
Ada juga penapis udara dilengkapi cahaya ultra ungu (UV) yang boleh membunuh virus dan bakteria di ruang berkenaan tetapi tidak secara 100 peratus. Tetapi, ia lebih baik daripada tiada langsung namun harganya jauh lebih mahal. Secara tipikalnya, koronavirus boleh bertahan dua jam hingga sembilan atau 10 hari bergantung pada suhu.
Oleh itu, cara paling mudah adalah melakukan amalan asas seperti membasuh tangan dengan menggunakan sabun dan pembasmi alkohol boleh menghapuskan virus.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN