Labuan, 8 negeri dalam bahaya. – Itu tajuk salah satu berita di Utusan Malaysia pada 30 Mei lalu. Dulu Labuan beribu kes, kini 26 kes, contohilah Labuan. – Ia juga tajuk berita yang tersiar di Utusan Malaysia, 45 hari kemudian. Saya pilih kedua-dua tajuk berita itu sebagai mukadimah ini kerana ia adalah cerminan kepada satu perjalanan, dari masa sukar ke masa lega, dari waktu penuh bimbang ke saat lebih tenang.…










