Konsultasi ubat-ubatan e-farmasi lebih selamat waktu pandemik

Konsultasi ubat-ubatan e-farmasi lebih selamat waktu pandemik

ubat
Pembelian ubat di kaunter rancak sebelum pandemik melanda.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SELALU menjadi tanda tanya, sama ada ubat-ubatan yang dijual di farmasi ketika pandemik boleh dibeli secara dalam talian atau tidak?

Ini susulan ramai yang mengelak bagi berjumpa doktor di klinik apabila badan berasa tidak sihat terutama terkesan dengan isu kewangan malah bimbang untuk keluar rumah.

Pengarah Pemasaran, Promosi dan Penjenamaan Farmasi Alpro, Lee Yin Chen berkata, bagi membantu dan memudahkan masyarakat dalam menangani pandemik Covid-19, pihaknya melancarkan perkhidmatan e-farmasi untuk membolehkan orang ramai mendapatkan khidmat nasihat doktor dan ahli farmasi untuk membeli ubat-ubatan secara dalam talian.

“Farmasi telah berkhidmat secara aktif sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 tahun lalu dan kami sedia maklum ramai yang tidak dapat berjumpa doktor kerana mempunyai isu kewangan dan kebimbangan untuk mengunjungi klinik.

“Oleh itu, dengan e-farmasi akan memudahkan orang ramai untuk berjumpa doktor, mendapatkan preskripsi dan membeli ubat tanpa meninggalkan rumah mereka. Perkhidmatan baharu diperkenalkan ini juga secara tidak langsung membantu golongan yang memerlukan bantuan perubatan tanpa membebankan mereka,” katanya.

Farmasi Alpro diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai farmasi komuniti yang telah mengeluarkan preskripsi terbanyak iaitu lebih dari 185,000 dalam tempoh setahun di Malaysia.

Ujar ahli farmasi itu, melihat kepada permasalahan yang diterima, Farmasi Alpro kini giat mengembangkan perkhidmatan dalam taliannya dengan memberikan khidmat kaunseling, berkongsi maklumat perubatan dan membekalkan ubat-ubatan kepada pesakit dan masyarakat setempat melalui platform e-dagang rasmi, Alpro One Click atau alprooneclick.com.

Selain itu, perkhidmatan Minute Consult turut dilancarkan sebagai alternatif untuk orang ramai untuk mendapatkan konsultasi dan rawatan perubatan yang murah di Farmasi Alpro.

“Ramai yang menyambut baik inisiatif kerana jumlah kadar bayaran yang dikenakan untuk perundingan, rawatan dan ubat-ubatan adalah kurang daripada RM20. Buktinya, lebih daripada 400,000 orang telah menggunakan perkhidmatan Minute Consult pada tahun lalu,” katanya.

Tambahnya, mereka yang ingin menggunakan perkhidmatan e-farmasi, boleh layari laman rasmi di
www.alpropharmacy.com/services/online-pharmacy/ atau hubungi talian 019-7021923 dan 019-6129006.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya