Jeruk buah kundang - Utusan Malaysia

Jeruk buah kundang

Jeruk kundang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Penggemar buah kundang atau buah setar pasti terliur setiap kali melihat buah ini ketika musimnya. Ada yang suka makan begitu sahaja. Tidak kurang yang suka dalam bentuk jeruk.

Rabiatul Adawiyah Rosli menjelaskan untuk memastikan jeruk tahan lebih lama, cili kering akan direndam dengan air panas, ditoskan sebelum dikisar.

Penggunaan garam dan gula juga perlulah seimbang. Ini bagi mengelakkan kulat putih naik dengan cepat pada permukaan air. Kuah jeruk juga perlu dimasak agak lama bagi menjamin ketahanan kuah tersebut dalam tempoh masa yang panjang. Selamat mencuba.

Jeruk kundang

Bahan-bahan:
1 kg buah kundang / buah setar
Air (disukat selepas paras rendam buah)
Garam (agak-agak masin air)

Cara penyediaan:
1-Buah kundang dibelah dua. Buang biji dan dibasuh bersih. Toskan.
2-Bancuh air garam. Ambil buah kundang dan rendam sehingga tenggelam paras buah. Biarkan semalaman dan sehingga kulit buah itu berubah warna.

Bahan-bahan kuah jeruk:
½ cawan cili kering – dikisar halus (elak guna cili kering yang kerinting sebab itu jenis pedas)
2 keping manisan / gula Melaka
Secubit belacan – ini adalah pilihan jika mahu bubuh atau tidak
1 sudu kecil garam
½ cawan gula
½ botol air mineral besar

Cara membuat kuah jeruk:
1-Campurkan semua bahan dalam satu periuk. Biarkan bancuhan ini mendidih di atas api dapur selama 45 minit.
2-Ambil buah kundang yang telah direndam semalaman. Toskan air sehingga kering.
3-Sejukkan kuah jeruk selepas itu barulah tuang ke dalam balang berisi buah kundang yang diperam semalaman itu. Tutup balang dan simpan dalam peti sejuk selama sejam. Jeruk sedap dimakan dalam keadaan sejuk.

Terima kasih: Rabiatul Adawiyah Rosli
Facebook: Cikkbieyy Rosli

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN