Tan Sri Annuar Musa adalah individu pertama yang mendedahkan rancangan sulit Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk membawa parti keramat orang Melayu itu menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ketika tampil berhadapan dengan media sehari selepas pemecatannya sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) pada Januari tahun ini, Annuar mendakwa wujud sokongan secara hitam putih membabitkan Ahmad Zahid kepada Anwar untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN). Annuar…










