SEJARAH telah mencatatkan pelbagai pencapaian yang telah dilakukan oleh golongan wanita sejak dari dahulu lagi. Dalam hal ini, wanita Azerbaijan tidak ketinggalan turut memainkan peranan penting dalam hampir kesemua bidang termasuk sosial, kebudayaan, politik, kesenian dan pendidikan. Perkara ini bukanlah secara kebetulan kerana berbalik kepada sejarah, Republik Demokratik Azerbaijan (1918-1920) yang merupakan pendahulu Republik Azerbaijan pada hari ini telah pun memberi hak wanita untuk mengundi pada 1919, jauh lebih awal…










