Malang sekali apabila berlakunya sebilangan kes suntikan kosong dalam program vaksinasi negara. Namun, ia tidak patut disensasikan sebagai perbuatan jenayah yang harus dikenakan hukuman berat, selain dispekulasikan. Biarkanlah pihak berkuasa menyiasat untuk mengetahui punca yang barangkali disebabkan kepenatan petugas kesihatan memerangi pandemik Covid-19 mulai awal 2020 lagi. Dalam pada itu, hentikanlah segera apa-apa jua syak wasangka terhadap mereka dalam kes ini khususnya dan lain-lain amnya. Sehubungan itu, amat dikesali apabila…