Kitab masyhur yang menjadi rujukan dalam pengajian kaedah ilmu tafsir ialah al-Tafsir wa al-Mufasirun. Kitab ini ditulis oleh tokoh bernama Dr. Mohammad Husin al-Zahabi. Beliau dilahirkan pada 19 Oktober 1915 di daerah Kafr el-Syeikh, Mesir. Beliau menyambung pengajian di kuliah Syariah, Universiti al-Azhar dan mendapat ijazah pada 1939. Di peringkat PhD beliau membuat kajian dan menulis tesis ‘Tafsir dan Mufassirun’ di Kuliah Usuluddin, Universiti al-Azhar. Pada 1946 beliau cemerlang dalam…