1,001 khasiat avokado untuk kesihatan tubuh - Utusan Malaysia

1,001 khasiat avokado untuk kesihatan tubuh

Avocado kaya khasiat, memiliki kadar potassium lebih tinggi daripada pisang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Bagi yang pertama kali menikmati buah avokado atau adpokat, pasti sedikit kecewa kerana buah berkenaan tidak menjanjikan rasa mengujakan. Kelat dan sedikit tawar.

Pernah membelinya dipasaraya dek teruja dengan iklannya yang cantik dan menyelerakan. Saya peram beberapa hari hingga masak ranum.

Kalau bukan kerana 1,001 khasiat ditawarkan, buah ini pasti bukan menjadi pilihan. Kadar potassium yang tinggi, berupaya menurunkan tekanan darah tinggi.

Pengambilan yang banyak dan terkawal boleh mengelakkan berlakunya masalah jantung, strok atau masalah buah pinggang. Jadi, memang sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi tinggi.

Manakala vitamin E dan lemak mono tak tepu (monounsaturated fatty acids) membantu mengekalkan jantung sihat.

Begitupun bagi saya, ia sedap dinikmati sebagai minuman atau smoothies. Dimakan bersama salad atau dibuat sandwich.

Ia mempunyai kadar lemak yang agak tinggi tetapi kalori lemak ini adalah asid lemak (monounsaturated fatty acids) iaitu sumber lemak yang baik untuk kebaikan dalam badan sama seperti lemak yang terdapat dapat minyak zaitun.

Ramai juga keliru untuk kenal buah masak atau muda. Cara memastikan buah berkenaan sudah ranum atau sebaliknya, patahkan bahagian tangkainya.
Kalau ia berwarna kuning atau hijau tetapi kalau ia sudah bertukar coklat bermakna ia terlampau masak.

MANFAAT:

* Buah ini disifatkan sebagai superfood yang kaya dengan pelbagai khasiat, antaranya vitamin C, Vitamin E, potassium dan zink. Kadar potassiumnya lebih tinggi daripada buah pisang.
Sebiji buah avocado memiliki 160 kalori, 2 gram protein dan hanya 15 gram lemak serta tidak mengandungi kolestrol dan rendah lemak dalam kuantiti lemak tepu.
*Fiber yang banyak terdapat dalam buah ini jenis yang tidak boleh dicerna di dalam usus dan disebabkan itu ianya sangat membantu dalam menurunkan kadar gula dalam darah.

* Buah berbiji keras ini berupaya mengurangkan kadar pengambilan kalori seharian. Serat dan nutrisi terkandung di dalamnya membantu individu berasa kenyang dan mengurangkan keinginan untuk makan.

* Kandungan vitamin A,D, E dan K berupaya meningkatkan kadar penyerapan antioksida sebanyak 26%. Dengan kandungan lemak dan kaya vitamin ini secara tidak langsung membantu menghalang keradangan dan tekanan oksidatif berlaku dalam saluran darah semasa memperbaiki aliran darah.

Masalah jantung sering dikaitakan dengan saluran darah, kadar kolestrol, tekanan darah dan sebagainya. Vitamin B6 dan asid folik di dalam buah avocado mampu mengawal tahap homocysteine yang berisiko sakit jantung.

A untuk Avakado
Jenama kebangsaan mewakili industri hortikultur Australia- Taste Australia baru-baru ini melancarkan kempen A Untuk Avokado Australia yang membawakan buah avokado yang sihat dan berkhasiat untuk dinikmati semua.

Skor A diperoleh buah berkenaan berikutan ia memiliki kebaikannya untuk manfaat kesihatan lemak sihat dan vitamin yang menyokong sistem imuniti badan.

Lemak penting dalam buah ini diperlukan untuk menyerap zat yang larut lemak seperti vitamin E yang mustahak untuk kesihatan jantung.

Maka tidak hairanlah dalam satu hidangan Avokado Australia dapat memberikan anda serat, vitamin B, kalium dan antioksida.

Jurucakap bagi Taste Australia, Matthew Dwyer berkata sajian sihat kian menjadi pilihan orang ramai lebih-lebih lagi pada waktu pandemik di mana setiap individu lebih peka terhadap isu kesihatan.

“Adalah amat penting untuk kita mengetahui makanan yang bolehmemberikan kebaikan kepada kesihatan dan kesejahteraan. Buah ini padat dengan zat yang menyokong imuniti tubuh, mengurangkan keletihan dan menyokong prestasi mental,” katanya.

Avokado Australia boleh dinikmati dalam pelbagai cara termasuk dimakan segar ataupun dihidangkan dalam masakan.

Teksturnya yang berkrim, dapat dipadankan dengan kebanyakan resipi tempatan.

Avokado dari negara kanggaru ini mendapat permintaan tinggi di seluruh dunia kerana berkualiti. Berikutan ia diterbangkan ke Malaysia mengikut tempoh matang optimum bagi memastikan kesegarannya.

Avokado boleh didapati sepanjang tahun. Dua jenis iaitu Hass dan Shepard yang masing-masing dituai pada Mei hingga Januari dan Februari hingga Mei.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×