Baju tidur idea kreatif Khoon Hooi - Utusan Malaysia

Baju tidur idea kreatif Khoon Hooi

Perincian indah pada pergelangan tangan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEJAK pandemik Covid-19 melanda dunia dan kerja dari rumah menjadi amalan, pakaian santai menunjukkan permintaan lebih tinggi berbanding baju ke pejabat.

Kalau sudah namanya berada di rumah, mana mungkin kita mengenakan persalinan satin sepanjang masa.

Walaupun cantik tetapi ia kurang mesra untuk penggunaan seharian di rumah.

Laman Business of Fashion, melaporkan sejak April 2020, kata kunci pencarian loungewear meningkat mendadak kalau dibandingkan dengan pencarian workwear atau pakaian ke pejabat.

Lantaran itu, baju santai, loungewear atau apa pun panggilannya termasuk dalam kategori baju tidur dengan perincian lebih bergaya tampil untuk memancing pembeli.

Perincian bulu pada pergelangan tangan.

Memahami peralihan keinginan pengguna, pereka tempatan, Khoon Hooi tampil dengan koleksi pijama dengan perincian, Holly Feather.

Gaya bulu halus pada pergelangan tangan dihasilkan, tampak lebih sopan sekiranya wanita perlu melakukan sidang video sewaktu berada di rumah.

Idea kreatif pereka berusia 46 tahun ini menambah gaya pada persalinan santai wanita sewaktu berada di rumah.

Koleksi ini didatangkan dengan pilihan rona hitam, biru dan krim. Ia dijual pada harga RM1,550 sepasang.

Fabrik sutera yang berkilat menambah keceriaan individu.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.