MESIN pembersih stim yang berupaya membunuh sehingga 99.9 peratus virus dan bakteria, sudah pasti menjadi antara peralatan penting perlu ada sewaktu pandemik Covid-19 ini.
Apatah lagi sekiranya ia mampu membunuh sehingga 99.9 peratus kuman, bakteria dan virus termasuk e-coli, debu hama dan pepijat.
Ketua Pegawai Eksekutif Ecovitta Sdn. Bhd, Hashim Muhammad, berkata mesin pembersih stim berevolusi model EC01S, dihasilkan semua-dalam-satu.
“Ia boleh membuat kerja-kerja pembersihan menjadi lebih mudah, cepat dan berkesan.
“Model ini sesuai bagi mereka yang sensitif atau alah kepada bahan pembersih kimia, mengalami masalah resdung atau asma terutama bagi keluarga yang ada bayi, anak kecil dan haiwan peliharaan,” katanya.
Hashim mendakwa produk inovatif itu, lebih berkuasa dengan teknologi penghasilan stim secara pantas dan berupaya menghasilkan stim ultra-kering di bawah tempoh 30 saat.
Ia turut dilengkapi tangki air 800 mililiter (ml) yang besar. Alat pembersih stim ini mampu menjana stim berkuasa sehingga 50 minit dengan lancar dan hanya perlu menambah air untuk menggunakan ia semula.
“Ia dikuasakan hanya menggunakan air dalam bentuk stim tanpa sebarang bahan pembersih kimia, serbuk, cecair dan sebagainya. Sekaligus mengurangkan kesan menghidu bahan-bahan kimia sewaktu melakukan kerja rumah.
“Maknanya, pelanggan boleh berjimat tanpa perlu membeli produk pembersih yang rata-rata mengandungi bahan kimia yang akhirnya akan masuk ke dalam longkang dan sistem saliran,” katanya.
ECO1S didatangkan dengan tujuh alat tambahan bagi mempelbagaikan fungsi penggunaan termasuk kepala lantai yang sesuai untuk pelbagai permukaan seperti permaidani, kayu, marmar dan sofa.
Perkakasan asal United Kingdom ini mula dibangunkan sejak tahun 80-an. Hingga kini jenama itu sudah menjual lebih satu juta alat pembersih stim di seluruh dunia.
Meraikan pelancarannya, pelanggan boleh menikmati diskaun 40 peratus sepanjang tempoh pra pelancaran, sehingga 6 Julai.
Model Ecovitta EC01S dijual pada harga asal RM1,299 seunit manakala harga selepas diskaun adalah RM779.










