CANTIK dan menawan di mata. Kek Jeli Tiga Dimensi (3D) atau 3D Jelly Cake ini bukanlah kek hiasan atau display cakes tetapi ia boleh dimakan termasuk setiap bunga atau bentuk yang dihasilkan. Begitu berseni, unik dan menarik kek jeli sentuhan Guru Bahasa Inggeris Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Sungai Buloh di Selangor, Siti Noor Md. Isa sehingga berasa sayang untuk sentuh dan makan. Kesemua bahan yang digunakan adalah selamat untuk dimakan…