Nikmatnya cuaca panas sambil menikmati aiskrim yang sejuk melazatkan.
Rasai kelazatan mengasyikan dalam setiap suapan aiskrim Carte D’Or, dari Wall’s Malaysia.
Carte D’Or jenama manisan dari Paris yang wujud sejak lebih empat dekad lalu.
Ia dihasilkan menggunakan resipi turun temurun dari pelbagai bahan asli terpilih dari seluruh dunia.
Pengarah Pemasaran Makanan & Minuman Unilever Malaysia, Shiv Sahgal, berkata rangkaian aiskrim itu diharap dapat menjadi penghubung silaturahim, menerusi keenakan rasanya yang sungguh menakjubkan.
“Seleksi aiskrim premium ini turut dihasilkan sebagai pelengkap yang cukup sempurna untuk makan malam dan majlis keraian yang mana kita boleh menikmati aiskrim ini dengan begitu sahaja atau menyuntik kreativiti spontan dengan mempelbagaikannya dalam hidangan manisan kita,” katanya.
Dengan sedikit kuasa imaginasi, kesedapan coklat Itali yang sangat memikat deria rasa ini mampu membawa anda ke Itali malah terus ke negara tropika Madagascar apabila merasai keunikan vanila Madagascar.
Ada empat perisa istimewa:
*Dark Chocolate Truffles – diperbuat menggunakan coklat Itali premium.
*French Vanilla Crème Glace – diperbuat menggunakan vanila Madagascar.
*Caramel Glace with Almond Tarte Crumbles – diperbuat menggunakan badam Australia.
*Glace à La Strawberry – diperbuat menggunakan potongan strawberi.










